Friday, January 23, 2009

SKBA BOLEH!!

KUALA PAYA, Segamat - Siapa Kata Kita Tak Hebat... Pasukan sepaktakraw SKBA telah membuktikan kejantanannya dalam pertandingan Sepak Takraw L12 MSSK Batu Anam. SK Batu Anam diwakili oleh dua regu. Pertandingan yang disertai oleh 12 regu telah dijalankan secara liga kumpulan dan regu SKBA B berada dalam kumpulan A bersama SK Kemedak A dan SK Mensudut Pindah, manakala regu SKBA A berada dalam kumpulan B bersama SK Buluh Kasap A dan SK Balai Badang. SKBA B telah mengungguli kumpulan A dengan menewaskan kedua-dua regu tetapi telah dikecundangkan oleh tuan rumah SK Kuala Paya yang mendapat sokongan padu daripada pasukan sorak dan penduduk tempatan di peringkat separuh akhir. Dalam penentuan tempat ketiga dan keempat, SKBA B tidak dapat menandingi kehebatan SK Buluh Kasap B yang mempunyai kelebihan fizikal dan pengalaman. Pun begitu, ini merupakan pencapaian terbaik setakat ini setelah SKBA mendapat tempat yang sama pada tahun 2007.

Bagi regu SKBA A, perlawanan pembuka gelanggang bertemu SK Buluh Kasap A (JUARA) boleh diibarat pertembungan tidak seimbang, perlawanan yang dijalankan di dalam dewan agak mengganggu pemain SKBA A yang hanya berlatih di kawasan terbuka, selain itu. Kemenangan ke atas SK Balai Badang tidak memberikan peluang untuk ke peringkat separuh akhir disebabkan jumlah mata yang kurang berbanding SK Buluh Kasap. Tahniah kepada semuga pemain yang telah berusaha bersungguh dan berjuang dengan sehabis baik dalam pertandingan tersebut. Tahniah juga kepada Mohammad Khairul Fitri yang terpilih untuk mewakili zon ke peringkat daerah. Menang dan kalah adat permainan, tidak berjaya di tahun ini.. kita bertemu lagi di tahun depan.. SKBA Boleh!!

No comments: