Saturday, July 2, 2011

1 Murid 1 Sukan

Seramai 4.1 juta pelajar daripada 9,980 buah sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh negara menyertai larian serentak Satu Murid Satu Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan hari ini sekali gus mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian pelajar sekolah serentak terbesar.SK Batu Anam Segamat turut terlibat dalam menjayakan program ini.Namun apa yang ada kelainan ialah sekolah mengadakan Pertandingan Merentas Desa terlebih dahulu .Walau pun murid-murid nampak kepenatan kerana menyertai 2 acara dalam suatu hari tetapi semuanya berjalan lancar dengan kerjasama semua guru serta pihak PIBG.Gambar-gambar akan uploadkan apabila diterima.