Monday, September 6, 2010

Majlis Khatam Al-Quran,Perpisahan & Salam Raya





Nampaknya ada majlis 3 + 1 minggu akhir sebelum cuti sambut raya.Pertamanya pada malam jumaat diadakan Majlis Khatam Quran diikuti majlis berbuka dan seterusnya disambung dgn solat Tarawih diimamkan oleh Ustaz Tumiran.Keesokkannya pada hari jumaat yg lalu diadakan perhimpunan khas. meraikan pertukaran Cikgu Saidi ke SK Palong Timur 2.Ramai juga murid yg mengalirkan air mata kesedihan atas perpisahan beliau.Biasalah tu bila ada guru yg bertukar @ bersara.

Kemudian dilangsungkan sekali majlis "bersalaman" antara guru-murid serta diikuti guru-guru sempena akan menyambut raya puasa kira-kira seminggu lagi.Bertambah lagi gugurnya air mata kegembiraan /keinsafan di kalangan guru khususnya yg perempuan (jg marah)..foto2 lihat di bawah nanti.......