Friday, January 23, 2009

SKBA BOLEH!!

KUALA PAYA, Segamat - Siapa Kata Kita Tak Hebat... Pasukan sepaktakraw SKBA telah membuktikan kejantanannya dalam pertandingan Sepak Takraw L12 MSSK Batu Anam. SK Batu Anam diwakili oleh dua regu. Pertandingan yang disertai oleh 12 regu telah dijalankan secara liga kumpulan dan regu SKBA B berada dalam kumpulan A bersama SK Kemedak A dan SK Mensudut Pindah, manakala regu SKBA A berada dalam kumpulan B bersama SK Buluh Kasap A dan SK Balai Badang. SKBA B telah mengungguli kumpulan A dengan menewaskan kedua-dua regu tetapi telah dikecundangkan oleh tuan rumah SK Kuala Paya yang mendapat sokongan padu daripada pasukan sorak dan penduduk tempatan di peringkat separuh akhir. Dalam penentuan tempat ketiga dan keempat, SKBA B tidak dapat menandingi kehebatan SK Buluh Kasap B yang mempunyai kelebihan fizikal dan pengalaman. Pun begitu, ini merupakan pencapaian terbaik setakat ini setelah SKBA mendapat tempat yang sama pada tahun 2007.

Bagi regu SKBA A, perlawanan pembuka gelanggang bertemu SK Buluh Kasap A (JUARA) boleh diibarat pertembungan tidak seimbang, perlawanan yang dijalankan di dalam dewan agak mengganggu pemain SKBA A yang hanya berlatih di kawasan terbuka, selain itu. Kemenangan ke atas SK Balai Badang tidak memberikan peluang untuk ke peringkat separuh akhir disebabkan jumlah mata yang kurang berbanding SK Buluh Kasap. Tahniah kepada semuga pemain yang telah berusaha bersungguh dan berjuang dengan sehabis baik dalam pertandingan tersebut. Tahniah juga kepada Mohammad Khairul Fitri yang terpilih untuk mewakili zon ke peringkat daerah. Menang dan kalah adat permainan, tidak berjaya di tahun ini.. kita bertemu lagi di tahun depan.. SKBA Boleh!!

Thursday, January 22, 2009

Merentas Desa Peringkat Sekolah

Seramai 98 orang peserta lelaki dan 97 peserta perempuan menyertai pertandingan merentas desa.Mereka telah dilepaskan oleh Guru Besar tepat jam 8.00 pagi yang bermula dari padang sekolah.Dalam suasana cuaca yang cerah pertandingan berjalan lancar dengan kerjasama guru dan kakitangan sekolah.Ada guru yg jaga check point 1-5,yang jadi peronda bermotor,ada yg jaga hadiah ,jaga minuman dan juga bertugas di garisan penamat.Kalau ada yg lupa sebut jangan marah...komenlah ok.

Pertandingan tersebut berakhir dengan acara penyampaian hadiah kpd para pemenang.
LELAKI:
Tempat 1 -Al Rashid (MAWAR) 2.Mohd Naim(TERATAI) 3.Nur Hidayat(TERATAI)

PEREMPUAN:
Tempat 1- Nurul Adila(TERATAI) 2. Gwvenit(MAWAR) 3.

Wednesday, January 21, 2009

E-mail 'Boss'





Petang semalam habis saja latihan sukan 'boss' ajak beberapa guru lelaki minum petang di warung 'depan workshop'.Sembang punya sembang beliau mencadangkan perlunya e-mail peribadi selain yg. dah ada khas utk sekolah.Selepas solat aku sbg Guru Data daftarkan di yahoo e-mail.Puas juga cuba berbagai kemasukan maklumat beliau baru "berjaya' diterima.









Inilah e-mail 'boss' mailto:bardinuteh@rocketmail.com.my.Pelik ada roket....Jika ada masalah peribadi @ apa saja yg nak hantar maklumat ke gunalah e-mail ni ok...

Saturday, January 17, 2009

Boikot Yahud (Israel) + Amerika + Penyokong

Apakah sumbangan ANDA??

Boikot barangan Yahudi!
Syeikh al-Azhar, Mufti Mesir, Mufti Pakistan, Mufti Arab Saudi, Persatuan Ulama Pakistan, Dr Yusof al-Qaradhawi, dan majoriti ulama’ dari seluruh dunia memfatwakan wajib bagi seluruh umat Islam memboikot barangan Israel, menjalinkan hubungan dagang dengan mereka, dan juga memberikan apa-apa bekalan kepada mereka. Fatwa ini dikeluarkan setelah mengambil kira kekejaman yang telah mereka lakukan terhadap umat Islam. Para ulama’ ini juga telah menyeru agar kita semua memboikot barangan Amerika yang merupakan sekutu utama yang sering menyalurkan bantuan kepada Israel terutamanya dalam aspek persenjataan.

Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengatakan, “Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerika adalah bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.”

Alhamdulillah, seronok sikit bila mendengar berita bahawa Kerajaan Mesir telah membenarkan kenderaan bantuan memasuki Gaza. Bantuan terawal yang tiba dari Qatar, sebuah negara yang teramat prihatin tentang Palestin dan Libya telah dibenarkan memasuki Gaza. Sekurang-kurangnya ada bantuan kemanusiaan dapat sampai ke kawasan yang memerlukan bantuan.

Bagi kita yang berada jauh dan tidak dapat turut sama membantu janganlah gusar, ada caranya yang boleh kita lakukan bersama-sama untuk melemahkan orang-orang Yahudi. Sama-samalah kita memboikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat Yahudi dan segala entitinya.

Semenjak awal tahun 2000 ulama sedunia telah memutuskan bahawa umat Islam mesti memboikot barangan keluaran Yahudi dan US, dan membeli barangan keluaran negara-negara Islam. Beserta dengan itu pelbagai jenama barangan Yahudi telah dikeluarkan sebagai panduan kita, namun kita dapati ramai orang Islam yang tidak mampu mengelakkan barangan tersebut. Almaklumlah dah terlekat di fikiran, kerana setiap hari terpapar dalam iklan di TV. Jadi bagaimana untuk mempraktikkannya?

Sekiranya setiap umat Islam mengambil berat tentang hal ini,orang Yahudi akan lemah,segala punca bantuan kewangan kepada mereka akan berkurangan. Ditambah lagi dengan kegawatan ekonomi hari ini, biarlah mereka terus jatuh dengan kejatuhan ekonomi mereka.

Malangnya umat Islam seolah-olah tidak mampu meninggalkan produk-produk ciptaan Yahudi tersebut, apa taknya "INTEL" saja berapa banyak dikeluarkan, intel pentium,intel celeron dll, nak buat macammana? Kita dah terbeli, baru tahu bahawa ia adalah antara barangan keluaran Yahudi. Tu belum masuk lagi bab telefon bimbit,pelbagai versi NOKIA dan itulah yang paling laris didunia, seolah-olah semua telefon bimbit mesti NOKIA. Kegunaan utama manusia zaman ini dikeluarkan oleh Syarikat-syarikat Yahudi dan kita pula menyokongnya kerana tidak tahu.

Itu belum masuk bab perbankan, yang mana sistem ekonomi didunia ini dikuasai oleh mereka. Seluruh dunia berurusan dengan bank-bank milik mereka dengan keuntungan yang berlipatganda. Sekiranya umat Islam mengambilberat dan meyakini sistem perbankan Islam yang telah wujud, mereka tidak akan mampu menyaingi umat Islam. Semua pekara ini tidak akan berlaku sekiranya kita tidak memulakannya.

Bersempena dengan tahun baru ini,pahatkan dalam diri bahawa kita ingin mencari kebaikan dan ingin menunjukkan keprihatinan kita kepada umat Islam di Palestin dengan cara memboikot barangan keluaran Yahudi.

Sebenarnya cara memboikot barangan Yahudi ini memerlukan penelitian dan ketegasan kita, KATAKAN TIDAK KEPADA BARANGAN KELUARAN YAHUDI. Seterusnya kita mengambil tindakan untuk melaksanakannya terutama para surirumah, sekiranya kita boleh mengawal perbelanjaan asas rumah kepada barangan keluaran umat Islam, kita bukan saja menolong sesama Islam, malah kita mampu menyajikan makanan yang suci dan halal kepada keluarga kita,tambahan lagi harganya yang lebih murah berbanding barangan yang diiklankan dalam TV.

Perbaiki cara hidup yang suka mengunjungi kedai makanan segera yang difranchiskan oleh orang-orang Yahudi seperti KENTUCKY FRIED CHICKEN,MC DONALD, PIZZA HUT, STARBUCK, KENNY ROGERS dan sebagainya dengan menyediakan dari rumah, atau memilih kedai yang tidak melibatkan Yahudi. Inilah peranan kita, ambil masa untuk menerangkan kepada anak-anak kita agar mereka faham tujuan kita, biarlah mereka turut sama bersimpati.

Itu belum masuk bab barangan kebersihan diri termasuk sabun, syampoo, ubat gigi dll pelbagai barangan keluaran Yahudi mendapat tempat no.1 dalam barangan pilihan kita,sedangkan terdapat pelbagai barangan keluaran Islam dipasaran tetapi kita tidak yakin untuk menggunakannya. Sekiranya semua surirumah Islam mengambil berat tentang hal ini,kita telah membantu umat Islam lain dan menyelamatkan umat Islam di Palestin.

Sebenarnya iklan yang dipaparkan sehari-hari menyebabkan kita terasa mesti membeli barangan tersebut, sedangkan sekiranya kita membaca buku keluaran CAP, Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai barangan yang mengandungi unsur haram, barangan yang boleh menyebabkan kanser semuanya terdapat dalam barangan keluaran Yahudi. Juga hindarilah dari berbelanja di kedai-kedai Yahudi (CARREFOUR, TESCO DLL) pada pada hari Sabtu, kerana sebanyak 5% akan disumbangkan kepada Israel.

Sebenarnya untuk mempraktikkannya amat susah dan meletihkan, tapi sepanjang lebih 7 tahun mempraktikkannya saya dapati perbelanjaan isirumah dapat dikurangkan kerana harga barangan keluaran Islam lebih murah, bersih dan suci. Dalam masa yang sama kita dapat membantu sesama Islam, menjaga kesihatan keluarga dan melumpuhkan sistem ekonomi mereka. Fahamilah bahawa orang Yahudi amat pentingkan ekonomi sebagaimana yang diceritakan dalam Al-Quran, mereka sanggup berhelah demi mendapat apa yang mereka hajati sebagaimana yang dijelaskan tentang kisah orang Yahudi menangkap ikan pada Hari Sabtu.

Ingatlah, cuma ekonomi sajalah jalan untuk melumpuhkan orang-orang Yahudi...mulakan dari sekarang, INSYA ALLAH BOLEH


"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine.. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression." -Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

Sila Rujuk laman berikut http://www.inminds.com/boycott-israel.php

Friday, January 16, 2009

PROGRAM DANA KEMANUSIAAN PALESTIN

BATU ANAM, Segamat - Bertempat di Dewan Utama SMK Sri Kenangan, telah diadakan Pelancaran Dana Kemanusiaan Palestin yang dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Segamat, En Yasiran Bin Maskom. Program yang dianjurkan oleh PPD Segamat dan JPN Negeri Johor itu dihadiri oleh guru-guru di daerah Segamat tanpa mengira bangsa dan agama. Ini menggambarkan bahawa isu Palestin ini bukan sekadar isu pertembungan agama, bahkan ianya telah melangkau isu antarabangsa. Pembunuhan, pencerobohan, penindasan dan segala macam bentuk kezaliman telah dibongkar oleh Ustaz Hairozi Bin Muhammad selaku penceramah jemputan merangkap Pen. Pengarah Dakwah, SPI JPN Johor. Tidak cukup dengan itu, tayangan visual turut diselang-selikan semasa sesi ceramah untuk menarik rasa empati dikalangan hadirin khususnya. Lantas menghasilkan jumlah kutipan derma yang mencecah ribuan ringgit dalam program tersebut. Dana tersebut akan dikumpulkan di peringkat negeri seterusnya akan disumbangkan kepada pihak berkuasa Palestin dalam pelbagai bentuk. Jazakumullah kepada para dermawan, bukan sekadar wang ringgit menjadi ukuran tetapi rasa ukhuwwah Islamiah dan Kebersamaan yang menjadi nilaian di sisi Allah Taala. Sebagaimana sabda Rasul Junjungan " Perumpamaan orang-orang beriman itu seumpama satu jasad, andai satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut merasakannya.."

Thursday, January 15, 2009

IKLAN



Hubungi : Ariffin 0123813164

Gaza = غزة

Tentera Laknat Yahudi telah membedil satu penempatan yang sibuk pada pagi Khamis (hari ini). Serangan itu telah menyebabkan kemusnahan yang dahsyat terhadap kawasan penempatan tersebut. Menurut wartawan akhbar el Jazeera sehingga kini jumlah Syuhada telah meningkat kepada 1030 orang manakala jumlah korban dan yang tercedera mencecah 6000 orang.
Sumber : http://www.aljazeera.net/portal

MARHABAN YA HUJJAJ

Selamat Pulang diucapkan kepada Tuan Hj Ishak Bin Mohd Ali beserta keluarga yang telah selamat menunaikan fardhu Haji pada tahun ini. Semoga mendapat Haji Mabrur dan Sa'yam Masykur wa Zamban Maghfur, Amin ya Rabbal Alamin. Alfu Syukr atas buah tangan yang berharga buat kami warga SKBA. Terima kasih juga untuk jamuan guru-guru dan kakitangan pada hari Jumaat ini.

Saturday, January 10, 2009

PERHIMPUNAN AGUNG UNIT BERUNIFORM (PAUB)

BATU ANAM, Segamat. Satu perhimpunan Unit Beruniform bagi peringkat SK Batu Anam telah dilaksanakan pada pagi ini di Dataran SK Batu Anam, Segamat. Perhimpunan yang julung kali diadakan untuk tahun 2009 berjalan mengikut perancangan yang dibuat oleh pihak penyelaras Unit Berunifom SK Batu Anam. Pun begitu, En. Bardin Bin Uteh P.I.S tidak dapat bersama di dalam majlis tersebut atas urusan yang tidak dapat dielakkan, tempat beliau telah digantikan oleh En. Mohd Razib Bin Mohd Sam sebagai Wakil Rasmi untuk perasmian PAUB.

Friday, January 9, 2009

JAWATAN=AMANAH

Hari ini telah selesai semua rumah sukan, kelab dan persatuan melaksanakan tanggungjawab untuk membentuk jawatankuasa baru bagi sesi 2009. Suka ataupun tidak, yang terlantik berkewajipan menunaikan tanggungjawab yang terpundak di sebalik nama jawatan masing-masing.

Mungkin agak seronok bila nama dicalonkan dan menjadi calon 'favourite' dikalangan rakan-rakan, apatah lagi bila dapat memegang 'title' atau kerusi panas yang menjadi idaman ahli. Semua itu sebenarnya hanyalah satu fatamorgana yang dipaparkan oleh musuh manusia iaitu iblis agar kita mengidam dan berlumba-lumba untuk mendapatkan suatu yang sebenarnya beban yang amat berat.

Allah Taala berfirman " Manusia telah dihiaskan dengan cintakan syahawat dikalangan wanita dan anak-anak dan taman-taman yang terdiri daripada emas dan perak, dan kuda-kuda dan binatang ternakan dan ladang-ladang. Itulah kesenangan kehidupan dunia"
Surah al An'am : 14.

Pada suatu hari, seorang sahabat Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam telah berjumpa dengan Baginda dan bertanyakan satu jawatan, lalu Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam berkata : "Sesungguhnya ia (jawatan) adalah AMANAH, dan Ianya akan ditanya di hari Qiamah".

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam bersabda :" Setiap individu adalah Ra'in (Pemimpin) dan setiap Ra'in akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya"

Oleh itu, setiap kedudukan samada jawatan, pangkat, gelaran dan sebagainya adalah satu Amanah yang diberikan oleh Allah Taala kepada sesiapa yang dilantik, dan amanah itu akan dipersoalkan satu persatu walaupun sekecil zarrah. Sebab itulah dikalangan sahabat Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam dan orang yang menyedari hakikat Amanah akan cuba menghindarinya jika terdapat individu yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab tersebut. Namun, jika telah diamanahkan, dia akan cuba menunaikannya dengan sebaik mungkin.

Semoga para Pemimpin Kecil ini mempunyai satu kefahaman yang jitu dan keyakinan diri yang mantap untuk mengharungi cabaran sesi 2009. Jadikan ianya sebagai satu modul latihan untuk membentuk jatidiri dan menimba pengalaman untuk masa hadapan yang semakin mencabar.

Selamat Menjalankan Tugas.

PERHIMPUNAN AGUNG UNIT BERUNIFORM 2009

Sukacita dimaklumkan, Unit Ko-Kurikulum SK Batu Anam akan mengadakan Perhimpunan Agung Unit Beruniform buat julung kalinya bagi tahun 2009 pada 9 Januari 2009. Sehubungan itu, seluruh warga SKBA kecuali murid Tahap Satu diwajibkan hadir untuk menjayakan program tersebut.

Himpunan bermula pada jam 7.45 pagi dan akan berakhir pada jam 12 tengahari itu akan dihadiri oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor merangkap Guru Besar SK Batu Anam En Bardin Bin Uteh P.I.S.

Antara Unit Beruniform yang akan terlibat ialah Pasukan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS),Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Puteri Islam dan Tunas Puteri.

Makluman : Mesyuarat Agung Rumah Sukan.

Mesyuarat Agung Rumah Sukan SKBA akan diadakan sepertimana berikut:

Tarikh : 9 Januari 2009.
Masa : 8.00 - 9.30 pagi.
Tempat : Mengikut agihan yang ditetapkan.

Diharap kepada semua guru dan murid dapat memberi kerjasama di dalam melaksana dan menjayakan agenda tersebut.

Wednesday, January 7, 2009

Ahlan Ya Sanah Jadidah 1430h

Syukur ke hadrat Ilahi, kita dapat bertemu kembali di tahun 1430h dengan azam dan tekad yang baru. Begitulah tuntutan baginda Rasulullah SAW terhadap ummatnya agar sentiasa bergerak ke hadapan dan meningkatkan prestasi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Taala. Di samping itu juga, kita juga dituntut untuk sentiasa memperbaiki seluruh kehidupan bagi memastikan hari ini dan akan datang adalah lebih baik daripada semalam. Semoga kita akan menjadi antara ummat Muhammad SAW yang lebih baik di tahun 1430h ini. SIIRU 'ALA BARAKATILLAH.