Wednesday, September 24, 2008

Majlis Khatam Al Quran

Majlis Khatam al Quran peringkat SK Batu Anam telah diadakan pada 22 Ramadhan bertempat di Balai SK Batu Anam. Seramai 27 orang murid yang terdiri daripada murid-murid tahun 5 dan 6 telah mengambil bahagian dalam majlis tersebut.

Turut hadir di dalam majlis tersebut antaranya Yang diPertua PIBG SK Batu Anam En Md Deni serta beberapa AJK PIBG yang lain. Majlis yang bermula tepat jam 6.20 petang dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Rosdi Bin Ibrahim seterusnya dikendalikan oleh Ustaz Tumiran Bin Asjam untuk acara Khatam al Quran.

Di akhir majlis Tuan Guru Besar SK Batu Anam telah menyampaikan ucapan yang banyak menyentuh berkenaan kelebihan al Quran terutama di bulan Ramadhan, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada PIBG serta jawatankuasa yang telah menjayakan majlis Khatam al Quran pada tahun ini.

Majlis tamat setelah menjamu selera jamuan yang disediakan selepas selesai solat Maghrib.

Saturday, September 20, 2008

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN


Alhamdulillah... Akhirnya... berjaya juga menamatkan kursus dalam latihan.
semoga kita mendapat manfaat yang terbaik. Insyallah.