Friday, January 16, 2009

PROGRAM DANA KEMANUSIAAN PALESTIN

BATU ANAM, Segamat - Bertempat di Dewan Utama SMK Sri Kenangan, telah diadakan Pelancaran Dana Kemanusiaan Palestin yang dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Segamat, En Yasiran Bin Maskom. Program yang dianjurkan oleh PPD Segamat dan JPN Negeri Johor itu dihadiri oleh guru-guru di daerah Segamat tanpa mengira bangsa dan agama. Ini menggambarkan bahawa isu Palestin ini bukan sekadar isu pertembungan agama, bahkan ianya telah melangkau isu antarabangsa. Pembunuhan, pencerobohan, penindasan dan segala macam bentuk kezaliman telah dibongkar oleh Ustaz Hairozi Bin Muhammad selaku penceramah jemputan merangkap Pen. Pengarah Dakwah, SPI JPN Johor. Tidak cukup dengan itu, tayangan visual turut diselang-selikan semasa sesi ceramah untuk menarik rasa empati dikalangan hadirin khususnya. Lantas menghasilkan jumlah kutipan derma yang mencecah ribuan ringgit dalam program tersebut. Dana tersebut akan dikumpulkan di peringkat negeri seterusnya akan disumbangkan kepada pihak berkuasa Palestin dalam pelbagai bentuk. Jazakumullah kepada para dermawan, bukan sekadar wang ringgit menjadi ukuran tetapi rasa ukhuwwah Islamiah dan Kebersamaan yang menjadi nilaian di sisi Allah Taala. Sebagaimana sabda Rasul Junjungan " Perumpamaan orang-orang beriman itu seumpama satu jasad, andai satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut merasakannya.."

No comments: