Saturday, October 31, 2009

Jelajah Berbasikal III





Pada 24 Okt.09 AJK yg dilantik SKBA tlh mengadakan Jelajah Berbasikal kali III dari SKBA ke UITM Segamat sejauh 36km dgn disertai oleh seramai 46 orang murid.Acara ini mendapat k/sama dari pihak Polis Trafik ,Ketua Polis B.Anam,Ambulans B.Kasap,Ketua-Ketua Kampung terbabit,AJK PIBG ,ibubapa dan ramai lagi senarai yg tidak disebut di sini.Hampir semua guru telah sudi mengekori konvoi dgn 13 stesyen persinggahan.Alhamdulilah semuanya berjalan lancar tanpa insiden yg tidak diingini berlaku kecualilah peristiwa tayar pancit,rantai basikal putus dan keletihan kayuhan peserta!Cuaca pula amat sesuai tidak terlalu panas dan sedikit redup.Cuma di akhir jelajah sahaja waktu pulang ke penamat Batu Anam hujan renyai sedikit.En.Yusri selaku peneraju utama mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.Jumpa lagi di Perkhemahan Gabungan di padang SKBA pada 20,21,22 Nov. ini...

Sunday, October 4, 2009

Tinjauan Mengejut Menteri






Lawatan seramai 16 bakal guru dr IPGM KUITHO B.Pahat dua hari sebelumnya masih segar & belum diupdate ke blog.Tiba-tiba Pada 3 hb Okt.saya diberitahu agar bersedia dgn kamera kr kehadiran Ahli Dewan Parlimen Segamat Datuk Dr.S.Subramaniam yg juga merupakan Menteri Pembangunan Sumber Manusia.Sapaan tersebut pada mulanya dianggap gurauan rupanya benar-benar menjadi kenyataan.Di sini dipaparkan serba sikit beberapa keping foto sbg.bahan bukti...