Friday, April 23, 2010

Pengurusan Makmal Komputer









Pada 19-20 April diadakan Kursus Kepenggunaan Makmal Komputer anjuran Sykt "Naluri Pintar"dgn bimbingan tunjukajar mentor En.Izat & Azizi juga dr vendor mereka.Dirasmikan oeh En.Yunan b.Abdul Majid , Ketua Sektor kpd Penolong Pengarah Pengurusan ICT dari Jabatan Pelajaran Johor.Seramai 13 orang peserta yang mewakili daerah masing2 dr PPD Muar,PPD Segamat,PPD Kulai,Wakil Guru Penyelaras ICT SM Seri Bali,SM Pematang Jaya (termasuk Guru Media) serta wakil dari SKBA sendiri.Kesemua peserta ini umumnya adalah pemegang Ijazah ICT@ ada juga yg.memegang Sarjana ICT .Dapatlah digilap kembali ilmu ICT yg dipelajari di U dulu utk diturunkan kpd guru khususnya dan murid2 amnya. Yang menjadi halangan utama adalah "schoolnet"masih belum disambungkan & "in house training" turut tertanggguh lagi...

Saturday, April 10, 2010

Stesen Alam Sekitar


· Unsur Pendidikan Alam Sekitar boleh diserap dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui stesen-stesen pendidikan alam sekitar berikut yang boleh ditubuhkan di kawasan sekolah dan digunakan oleh pelbagai mata pelajaran:
Stesen mengkaji tanah termasuk mengkaji hakisan tanah
1. Stesen mengkaji pencemaran
2. Stesen mengkaji tumbuhan
3. Stesen mengkaji haiwan
4. Stesen mengkaji interaksi antara haiwan dan tumbuhan
5. Stesen mengkaji penggunaan tenaga elektrik
6. Stesen mengkaji penggunaan air
7. Stesen mengkaji penggunaan tenaga solar
8. Stesen mengkaji penggunaan tenaga angin
9. Stesen mengkaji penggunaan bahan api
10. Stesen mengkaji penggunaan bahan buangan
11. Stesen mengkaji tanam-tanam
12. Stesen mural(Hidupan Laut/Darat/Udara
13. Stesen mengkaji cuaca
14. Stesen permainan pendidikan alam sekitar
15. Stesen di tiang bendera
16. Stesen mengkaji bumi dan alam semesta
17. Stesen di tandas dan di bilik darjah.

Untuk makluman guru khususnya dan murid-murid amnya SKBA sudah ada 10 Stesen.Lihat persekitaran sekolah.Dikelolakan oleh C.Syed dan harap dapat dijalankan dengan kerjasama semua Ketua Panitia.