Saturday, October 31, 2009

Jelajah Berbasikal III





Pada 24 Okt.09 AJK yg dilantik SKBA tlh mengadakan Jelajah Berbasikal kali III dari SKBA ke UITM Segamat sejauh 36km dgn disertai oleh seramai 46 orang murid.Acara ini mendapat k/sama dari pihak Polis Trafik ,Ketua Polis B.Anam,Ambulans B.Kasap,Ketua-Ketua Kampung terbabit,AJK PIBG ,ibubapa dan ramai lagi senarai yg tidak disebut di sini.Hampir semua guru telah sudi mengekori konvoi dgn 13 stesyen persinggahan.Alhamdulilah semuanya berjalan lancar tanpa insiden yg tidak diingini berlaku kecualilah peristiwa tayar pancit,rantai basikal putus dan keletihan kayuhan peserta!Cuaca pula amat sesuai tidak terlalu panas dan sedikit redup.Cuma di akhir jelajah sahaja waktu pulang ke penamat Batu Anam hujan renyai sedikit.En.Yusri selaku peneraju utama mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.Jumpa lagi di Perkhemahan Gabungan di padang SKBA pada 20,21,22 Nov. ini...

No comments: