Monday, June 27, 2011

Program Riang Ria Pemakanan


























Telah diadakan di Dataran Merah (Tapak Perhimpuanan),Dewan ,kelas dan di bawah khemah.

Dirasmikan oleh Datin Hjh.Khalizah Kahar,Pengerusi PUSPANITA Daerah segamat.

Diiringi oleh Dr.Hj.Mokhtar bin Hj.Ahmad ,Pengarah Kanan Pejabat Kesihatan Daerah Segamat.
Encik Jasmani b. Saimain (Penyelia HEM PPD) mewakili pihak Pejabat Pelajaran Daerah Segamat.

Juga turut disertai oleh Dr.Norhayati Hj.Musa,Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Segamat.

Tarikh : 18 JUN 2011


Masa : 7.30 - 1.00 th.


Setiausaha Pengelolaan : Cik Quek Sue Lyn (Pejabat Kesihatan Segamat)


Bermula dari acara saringan murid ,pra-penilaian,ketibaan dif-dif jemputan dan perasmian ,senaman aroebik,Lawatan ke Tapak permainan Interaktif dan pameran-pameran.Acara berakhir dgn.penyampaian Sijil dan hadiah kpd para pemenang.Sorakan "yep-yep hooray" sebanyak 3X dgn. perasaan puas dan gembira mengakhiri majlis.Terima kasih kpd semua yg terlibat & tidak disebutkan nama di sini.

Perlu dimaklumkan juga program ini digabungkan dgn.RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) bersama SRJK(C) Tah Kang dan SJK(T) Batu Anam,Segamat.

Tuesday, May 31, 2011

Lagi Festival Peringkat negeri di SKBA.





Program Festival Sains & Teknologi Negeri Johor 2011 telah diadakan di SKBA .

Tarikh : 25-26 MEI 2011

Hari : Khamis.


Foto-foto tunggu publish spt selalu...

Saturday, April 23, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 37



Batu Anam, Segamat - Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr Hj Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Kehadiran pada kali ini mencatatkan kehadiran ahli yang luar biasa apabila dewan yang disediakan penuh dengan kehadiran ibu bapa murid serta tetamu yang dijemput ke majlis perasmian. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini.

Tuesday, April 12, 2011

Takraw MSSK Batu Anam

Batu Anam, Segamat - Tahniah kepada regu B SKBA yang telah berjaya mengungguli tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Pertandingan telah diadakan pada 11 April 2011 bertempat di Dewan SMK Seri Kenangan. Regu SKBA B telah menundukkan SK Balai Badang yang tidak kurang hebat dengan kehadiran tekong terhandal mereka. Walaubagaimana pun, kemenangan berpihak kepada regu kita yang bermain dengan baik dalam pertemuan tersebut.
Bagi regu A, cabaran hebat di peringkat awal kumpulan menyaksikan mereka menang ke atas SK Kg Awat dan tewas kepada SK Kemedak A yang menang 2 perlawanan kumpulan.
Tahniah kepada semua.

Friday, April 8, 2011

MSSD Segamat

8 April 2011-Batu Anam, Segamat. Acara tahunan MSSD Segamat telah selamat melabuhkan tirainya pada 7 April 2011. Peserta SK Batu Anam yang mewakili zon Batu Anam telah berjaya menaikkan nama sekolah apabila dipilih sebagai peserta terbaik sekolah rendah dengan menggondol beberapa pingat emas dan perak.
Tahniah kepada kontinjen Zon Batu Anam atas usaha dan kejayaan yang diperolehi.

Saturday, February 12, 2011

Larian MAHKOTA JOHOR



Larian yang dijalankan serentak di seluruh negeri Johor ini turut melibatkan warga SKBA, Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan Larian Mahkota Johor 2011.Tapi jangan lupa ulangkaji pelajaran murid semua sebab Isnin-Jumaat bermula PK 1 dr 14-18 Feb.