Tuesday, May 31, 2011

Lagi Festival Peringkat negeri di SKBA.





Program Festival Sains & Teknologi Negeri Johor 2011 telah diadakan di SKBA .

Tarikh : 25-26 MEI 2011

Hari : Khamis.


Foto-foto tunggu publish spt selalu...

Saturday, April 23, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 37



Batu Anam, Segamat - Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr Hj Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Kehadiran pada kali ini mencatatkan kehadiran ahli yang luar biasa apabila dewan yang disediakan penuh dengan kehadiran ibu bapa murid serta tetamu yang dijemput ke majlis perasmian. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini.

Tuesday, April 12, 2011

Takraw MSSK Batu Anam

Batu Anam, Segamat - Tahniah kepada regu B SKBA yang telah berjaya mengungguli tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Pertandingan telah diadakan pada 11 April 2011 bertempat di Dewan SMK Seri Kenangan. Regu SKBA B telah menundukkan SK Balai Badang yang tidak kurang hebat dengan kehadiran tekong terhandal mereka. Walaubagaimana pun, kemenangan berpihak kepada regu kita yang bermain dengan baik dalam pertemuan tersebut.
Bagi regu A, cabaran hebat di peringkat awal kumpulan menyaksikan mereka menang ke atas SK Kg Awat dan tewas kepada SK Kemedak A yang menang 2 perlawanan kumpulan.
Tahniah kepada semua.

Friday, April 8, 2011

MSSD Segamat

8 April 2011-Batu Anam, Segamat. Acara tahunan MSSD Segamat telah selamat melabuhkan tirainya pada 7 April 2011. Peserta SK Batu Anam yang mewakili zon Batu Anam telah berjaya menaikkan nama sekolah apabila dipilih sebagai peserta terbaik sekolah rendah dengan menggondol beberapa pingat emas dan perak.
Tahniah kepada kontinjen Zon Batu Anam atas usaha dan kejayaan yang diperolehi.

Saturday, February 12, 2011

Larian MAHKOTA JOHOR



Larian yang dijalankan serentak di seluruh negeri Johor ini turut melibatkan warga SKBA, Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan Larian Mahkota Johor 2011.Tapi jangan lupa ulangkaji pelajaran murid semua sebab Isnin-Jumaat bermula PK 1 dr 14-18 Feb.

Saturday, January 15, 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) "PBS"


LINUS merupakan program yang diwajibkan kepada semua sk bagi memastikan murid-murid yang berada di peringkat awal sekolah rendah mampu untuk mencapai penguasaan dalam Bahasa Melayu dan Matematik.

Sehubungan itu, satu kursus berkaitan PBS telah diadakan bagi memberikan pendedahan dan pengukuhan kepada guru-guru SK Batu Anam . Pn. Rozana bt Juri telah dijemput bagi membentang kandungan kursus tersebut. Beliau merupakan JU PBS Negeri Johor yang kini mengajar di SK Parit Setongkat, Muar .