Monday, November 23, 2009

UPSR09



Seramai 9 0rang murid dari 98 calon telah mendapat keputusan 5A.tahniah...foto ini menggambarkan kegembiraan & kepuasan mereka.Penat-lelah setelah berusaha tanpa jemu mereka selama ini berbaloi.Jangan kecewa bg yang murid kurang berjaya kr perjalanan masih jauh...(foto x publish?)SABAR...

Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform








Pada 20-22 Nov. SKBA telah mengadakan Program Perkhemahan Gabungan.130 para peserta terdiri daripada ahli2 unit KRS,Pengakap,Puteri Islam,PBSM dan mendapat kerjasama AJK yg dilantik termasuk semua guru ,bukan staf guru serta wakil PIBG.
Kem Komandan_ Cikgu Razib dalam ulasannya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung @ tidak .

Saturday, October 31, 2009

Jelajah Berbasikal III





Pada 24 Okt.09 AJK yg dilantik SKBA tlh mengadakan Jelajah Berbasikal kali III dari SKBA ke UITM Segamat sejauh 36km dgn disertai oleh seramai 46 orang murid.Acara ini mendapat k/sama dari pihak Polis Trafik ,Ketua Polis B.Anam,Ambulans B.Kasap,Ketua-Ketua Kampung terbabit,AJK PIBG ,ibubapa dan ramai lagi senarai yg tidak disebut di sini.Hampir semua guru telah sudi mengekori konvoi dgn 13 stesyen persinggahan.Alhamdulilah semuanya berjalan lancar tanpa insiden yg tidak diingini berlaku kecualilah peristiwa tayar pancit,rantai basikal putus dan keletihan kayuhan peserta!Cuaca pula amat sesuai tidak terlalu panas dan sedikit redup.Cuma di akhir jelajah sahaja waktu pulang ke penamat Batu Anam hujan renyai sedikit.En.Yusri selaku peneraju utama mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.Jumpa lagi di Perkhemahan Gabungan di padang SKBA pada 20,21,22 Nov. ini...

Sunday, October 4, 2009

Tinjauan Mengejut Menteri






Lawatan seramai 16 bakal guru dr IPGM KUITHO B.Pahat dua hari sebelumnya masih segar & belum diupdate ke blog.Tiba-tiba Pada 3 hb Okt.saya diberitahu agar bersedia dgn kamera kr kehadiran Ahli Dewan Parlimen Segamat Datuk Dr.S.Subramaniam yg juga merupakan Menteri Pembangunan Sumber Manusia.Sapaan tersebut pada mulanya dianggap gurauan rupanya benar-benar menjadi kenyataan.Di sini dipaparkan serba sikit beberapa keping foto sbg.bahan bukti...

Wednesday, July 29, 2009

Majlis Pelancaran Program Bakti PETRONAS



Majlis Pelancaran Program Bakti Pendidikan Petronas telah diadakan di SKBA pada 4hb. Julai 2009.Ia telah diadakan secara besar-besaran dengan sambutan kompang dan pencak silat serta dihadiri sama oleh wakil Petronas,wakil Jabatan Pelajaran Johor,wakil PPD,PIBG dan ramai
VIP-VIP .Di sini hanya disertakan beberapa foto sbg menggambarkan suasana majlis tersebut.

Friday, July 3, 2009

Hari Keluarga 2009






Tarikh: 27 Jun 2009
Tempat : MERCU RESORTS,CHERATING KUANTAN PAHANG

Seramai 29 keluarga Guru/Kakitangan telah menyertai "Hari Keluarga".Kami bertolak dalam 3 kumpulan iaitu kumpulan 1 (8.30 pg) Kumpulan 2 (10.30 pg) & Kumpulan 3 (2 ptg).Jumlah mereka yang jika dicampurkan bersama ahli keluarga kira-kira 250 orang.

Antara aktiviti yg dijalankan ialah acara makan tengah hari (makanan& minuman disediakan oleh ahlkeluarga),sukaneka (anak-anak,kaum bapa dan kaum ibu) serta acara malam(ucapan & penyampaian cenderahati)Nyanyian Beramai).Acara bebas pula mcm biasalah (mandi laut,memancing & mandi di kolam renang).

Motto " Pergi Sendiri,Berbelanja Sendiri,Seronok Beramai-ramai"

Monday, May 18, 2009

Sambutan Hari Guru 2009



Sambutan telah diadakan pd 18 Mei jam 8.00 pagi.Acara Perasmian diadakan di Dataran Perhimpunan dgn disertai kehadiran Ajk PIBG.Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran dibacakan oleh GPK KK dan Perutusan Menteri Pelajaran dibacakan oleh GPK I.Berbagai acara diadakan dgn Ikrar Guru,nyanyian Lagu Hari Guru,ucapan dan diakhiri dgn majlis menandatangani watikah serta penerimaan cenderahati kepada semua guru.Kemudian diadakan telematch di padang dgn dianggotai oleh 4 kumpulan guru.Akhir sekali diadakan juga pertandingan nyanyian berkumpulan oleh kumpulan tadi di dlm dewan dengan diselang-selikan acara bertukar-tukar hadiah sesama guru & staf SKBA.Foto -foto & rakaman akan dipaparkan kemudian nanti."SELAMAT HARI GURU"