Thursday, April 30, 2009
Ma'zirah
Saya mewakili sahabat admin memohon jutaan kemaafan diatas kekurangan maklumat terkini aktiviti-aktiviti SKBA. Insyallah blog ini akan dikemaskini mengikut keperluan semasa. Terima kasih atas komen dan cadangan rakan-rakan dalam meningkatkan kualiti blog SKBA. Syukran wa jazakallahu khairan..
Sunday, March 8, 2009
Kejohanan Olahraga Jubli Emas



Tarikh: 26 Mac
Jam: 2.30 ptg
Sekolah kami mengadakan Kejohanan Olahraga kali ke 50(Jubli Emas). Bertepatan pula kali terakhir sebelum berpindah ke SK Seri Kenangan.Dijangka dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Johor tetapi wakilnya sahaja yang datang .Diadakan secara meriah sekali dgn.simbolik pelepasan baner & belon-belon kejohanan.Kemeriahan dirancakkan lagi dgn persembahan pasukan kompang,pancaragam dan dua jenis tarian zapin oleh murid-murid sekolah.Kehadiran ramai penonton terdiri drp ibubapa,para AJK PIBG juga penduduk sekitar sungguh memeriahkan lagi suasana .Guru Besar nampaknya berpuas-hati dgn segala kerjasama yg diberikan oleh semua yg terlibat samada guru-guru,kakitangan juga pihak PIBG.Sokongan & kerjasama mereka melancarkan lagi perjalanan Kejohanan Olahraga JUBLI EMAS! Terima kasih semua...
Wednesday, February 25, 2009
Majlis 2+1
Bertemu lagi.Pada 21hb.Feb.09 yg lalu SKBA mengadakan dua majlis iaitu Kursus Motivasi Ibubapa murid Th.6 & Majlis Penyampaian Sumbangan Murid Miskin SKBA.Kursus bermula dr jam 9.00 pg _ 11.00 pg di Dewan sementara acara kedua dr jam 11.30-1.00 th.diadakan di kelas 4A.Kedua-dua peristiwa di atas adalah
anjuran pihak PIBG & Guru S
KBA.(khasnya Gu
ru Th.6)
anjuran pihak PIBG & Guru S
KBA.(khasnya Gu
ru Th.6)
Sunday, February 8, 2009
Kursus Kecemerlangan UPSR 09


Tarikh: 31 Jan.09
Hari :Sabtu
Masa:7.30pg - 6.00 ptg
Tempat : Dewan Masjid Jamek Syed Alwi B.Anam
Matlamat: Melahirkan murid-murid yg cemerlang,berkeyakinan tinggi dlm UPSR tahun ini.
Objektif:(Rujuk brochur)
Penceramah 1:En.Noranizam b. Jamian-"Pengurusan Diri"
Penceramah 2:Tn.Hj. Mohsin b. Kasanwidi- "Strategi & Teknik Pembelajaran Berkesan"
Penceramah 3:Prof.Dr.Muhd Kamil-"Peranan Ibu Bapa dlm Menghadapi UPSR 09"
Penceramah 4: En.Mazalan b. Ali-Ceramah Keibubapaan.
Majlis berakhir dgn "Aku Janji" murid & Penyampaian Sijil Penyertaan.
TQ kpd semua guru & AJK PIBG yg terlibat.
Friday, January 23, 2009
SKBA BOLEH!!
KUALA PAYA, Segamat - Siapa Kata Kita Tak Hebat... Pasukan sepaktakraw SKBA telah membuktikan kejantanannya dalam pertandingan Sepak Takraw L12 MSSK Batu Anam. SK Batu Anam diwakili oleh dua regu. Pertandingan yang disertai oleh 12 regu telah dijalankan secara liga kumpulan dan regu SKBA B berada dalam kumpulan A bersama SK Kemedak A dan SK Mensudut Pindah, manakala regu SKBA A berada dalam kumpulan B bersama SK Buluh Kasap A dan SK Balai Badang. SKBA B telah mengungguli kumpulan A dengan menewaskan kedua-dua regu tetapi telah dikecundangkan oleh tuan rumah SK Kuala Paya yang mendapat sokongan padu daripada pasukan sorak dan penduduk tempatan di peringkat separuh akhir. Dalam penentuan tempat ketiga dan keempat, SKBA B tidak dapat menandingi kehebatan SK Buluh Kasap B yang mempunyai kelebihan fizikal dan pengalaman. Pun begitu, ini merupakan pencapaian terbaik setakat ini setelah SKBA mendapat tempat yang sama pada tahun 2007.
Bagi regu SKBA A, perlawanan pembuka gelanggang bertemu SK Buluh Kasap A (JUARA) boleh diibarat pertembungan tidak seimbang, perlawanan yang dijalankan di dalam dewan agak mengganggu pemain SKBA A yang hanya berlatih di kawasan terbuka, selain itu. Kemenangan ke atas SK Balai Badang tidak memberikan peluang untuk ke peringkat separuh akhir disebabkan jumlah mata yang kurang berbanding SK Buluh Kasap. Tahniah kepada semuga pemain yang telah berusaha bersungguh dan berjuang dengan sehabis baik dalam pertandingan tersebut. Tahniah juga kepada Mohammad Khairul Fitri yang terpilih untuk mewakili zon ke peringkat daerah. Menang dan kalah adat permainan, tidak berjaya di tahun ini.. kita bertemu lagi di tahun depan.. SKBA Boleh!!
Bagi regu SKBA A, perlawanan pembuka gelanggang bertemu SK Buluh Kasap A (JUARA) boleh diibarat pertembungan tidak seimbang, perlawanan yang dijalankan di dalam dewan agak mengganggu pemain SKBA A yang hanya berlatih di kawasan terbuka, selain itu. Kemenangan ke atas SK Balai Badang tidak memberikan peluang untuk ke peringkat separuh akhir disebabkan jumlah mata yang kurang berbanding SK Buluh Kasap. Tahniah kepada semuga pemain yang telah berusaha bersungguh dan berjuang dengan sehabis baik dalam pertandingan tersebut. Tahniah juga kepada Mohammad Khairul Fitri yang terpilih untuk mewakili zon ke peringkat daerah. Menang dan kalah adat permainan, tidak berjaya di tahun ini.. kita bertemu lagi di tahun depan.. SKBA Boleh!!
Thursday, January 22, 2009
Merentas Desa Peringkat Sekolah
Seramai 98 orang peserta lelaki dan 97 peserta perempuan menyertai pertandingan merentas desa.Mereka telah dilepaskan oleh Guru Besar tepat jam 8.00 pagi yang bermula dari padang sekolah.Dalam suasana cuaca yang cerah pertandingan berjalan lancar dengan kerjasama guru dan kakitangan sekolah.Ada guru yg jaga check point 1-5,yang jadi peronda bermotor,ada yg jaga hadiah ,jaga minuman dan juga bertugas di garisan penamat.Kalau ada yg lupa sebut jangan marah...komenlah ok.
Pertandingan tersebut berakhir dengan acara penyampaian hadiah kpd para pemenang.
LELAKI:
Tempat 1 -Al Rashid (MAWAR) 2.Mohd Naim(TERATAI) 3.Nur Hidayat(TERATAI)
PEREMPUAN:
Tempat 1- Nurul Adila(TERATAI) 2. Gwvenit(MAWAR) 3.
Pertandingan tersebut berakhir dengan acara penyampaian hadiah kpd para pemenang.
LELAKI:
Tempat 1 -Al Rashid (MAWAR) 2.Mohd Naim(TERATAI) 3.Nur Hidayat(TERATAI)
PEREMPUAN:
Tempat 1- Nurul Adila(TERATAI) 2. Gwvenit(MAWAR) 3.
Wednesday, January 21, 2009
E-mail 'Boss'



Petang semalam habis saja latihan sukan 'boss' ajak beberapa guru lelaki minum petang di warung 'depan workshop'.Sembang punya sembang beliau mencadangkan perlunya e-mail peribadi selain yg. dah ada khas utk sekolah.Selepas solat aku sbg Guru Data daftarkan di yahoo e-mail.Puas juga cuba berbagai kemasukan maklumat beliau baru "berjaya' diterima.Inilah e-mail 'boss' mailto:bardinuteh@rocketmail.com.my.Pelik ada roket....Jika ada masalah peribadi @ apa saja yg nak hantar maklumat ke gunalah e-mail ni ok...
Subscribe to:
Posts (Atom)
