Friday, January 16, 2009
PROGRAM DANA KEMANUSIAAN PALESTIN
BATU ANAM, Segamat - Bertempat di Dewan Utama SMK Sri Kenangan, telah diadakan Pelancaran Dana Kemanusiaan Palestin yang dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Segamat, En Yasiran Bin Maskom. Program yang dianjurkan oleh PPD Segamat dan JPN Negeri Johor itu dihadiri oleh guru-guru di daerah Segamat tanpa mengira bangsa dan agama. Ini menggambarkan bahawa isu Palestin ini bukan sekadar isu pertembungan agama, bahkan ianya telah melangkau isu antarabangsa. Pembunuhan, pencerobohan, penindasan dan segala macam bentuk kezaliman telah dibongkar oleh Ustaz Hairozi Bin Muhammad selaku penceramah jemputan merangkap Pen. Pengarah Dakwah, SPI JPN Johor. Tidak cukup dengan itu, tayangan visual turut diselang-selikan semasa sesi ceramah untuk menarik rasa empati dikalangan hadirin khususnya. Lantas menghasilkan jumlah kutipan derma yang mencecah ribuan ringgit dalam program tersebut. Dana tersebut akan dikumpulkan di peringkat negeri seterusnya akan disumbangkan kepada pihak berkuasa Palestin dalam pelbagai bentuk. Jazakumullah kepada para dermawan, bukan sekadar wang ringgit menjadi ukuran tetapi rasa ukhuwwah Islamiah dan Kebersamaan yang menjadi nilaian di sisi Allah Taala. Sebagaimana sabda Rasul Junjungan " Perumpamaan orang-orang beriman itu seumpama satu jasad, andai satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut merasakannya.."
Thursday, January 15, 2009
Gaza = غزة
| | |
| | Tentera Laknat Yahudi telah membedil satu penempatan yang sibuk pada pagi Khamis (hari ini). Serangan itu telah menyebabkan kemusnahan yang dahsyat terhadap kawasan penempatan tersebut. Menurut wartawan akhbar el Jazeera sehingga kini jumlah Syuhada telah meningkat kepada 1030 orang manakala jumlah korban dan yang tercedera mencecah 6000 orang. Sumber : http://www.aljazeera.net/portal |
MARHABAN YA HUJJAJ
Selamat Pulang diucapkan kepada Tuan Hj Ishak Bin Mohd Ali beserta keluarga yang telah selamat menunaikan fardhu Haji pada tahun ini. Semoga mendapat Haji Mabrur dan Sa'yam Masykur wa Zamban Maghfur, Amin ya Rabbal Alamin. Alfu Syukr atas buah tangan yang berharga buat kami warga SKBA. Terima kasih juga untuk jamuan guru-guru dan kakitangan pada hari Jumaat ini.
Saturday, January 10, 2009
PERHIMPUNAN AGUNG UNIT BERUNIFORM (PAUB)
BATU ANAM, Segamat. Satu perhimpunan Unit Beruniform bagi peringkat SK Batu Anam telah dilaksanakan pada pagi ini di Dataran SK Batu Anam, Segamat. Perhimpunan yang julung kali diadakan untuk tahun 2009 berjalan mengikut perancangan yang dibuat oleh pihak penyelaras Unit Berunifom SK Batu Anam. Pun begitu, En. Bardin Bin Uteh P.I.S tidak dapat bersama di dalam majlis tersebut atas urusan yang tidak dapat dielakkan, tempat beliau telah digantikan oleh En. Mohd Razib Bin Mohd Sam sebagai Wakil Rasmi untuk perasmian PAUB.
Friday, January 9, 2009
JAWATAN=AMANAH
Hari ini telah selesai semua rumah sukan, kelab dan persatuan melaksanakan tanggungjawab untuk membentuk jawatankuasa baru bagi sesi 2009. Suka ataupun tidak, yang terlantik berkewajipan menunaikan tanggungjawab yang terpundak di sebalik nama jawatan masing-masing.
Mungkin agak seronok bila nama dicalonkan dan menjadi calon 'favourite' dikalangan rakan-rakan, apatah lagi bila dapat memegang 'title' atau kerusi panas yang menjadi idaman ahli. Semua itu sebenarnya hanyalah satu fatamorgana yang dipaparkan oleh musuh manusia iaitu iblis agar kita mengidam dan berlumba-lumba untuk mendapatkan suatu yang sebenarnya beban yang amat berat.
Allah Taala berfirman " Manusia telah dihiaskan dengan cintakan syahawat dikalangan wanita dan anak-anak dan taman-taman yang terdiri daripada emas dan perak, dan kuda-kuda dan binatang ternakan dan ladang-ladang. Itulah kesenangan kehidupan dunia"
Surah al An'am : 14.
Pada suatu hari, seorang sahabat Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam telah berjumpa dengan Baginda dan bertanyakan satu jawatan, lalu Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam berkata : "Sesungguhnya ia (jawatan) adalah AMANAH, dan Ianya akan ditanya di hari Qiamah".
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam bersabda :" Setiap individu adalah Ra'in (Pemimpin) dan setiap Ra'in akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya"
Oleh itu, setiap kedudukan samada jawatan, pangkat, gelaran dan sebagainya adalah satu Amanah yang diberikan oleh Allah Taala kepada sesiapa yang dilantik, dan amanah itu akan dipersoalkan satu persatu walaupun sekecil zarrah. Sebab itulah dikalangan sahabat Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam dan orang yang menyedari hakikat Amanah akan cuba menghindarinya jika terdapat individu yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab tersebut. Namun, jika telah diamanahkan, dia akan cuba menunaikannya dengan sebaik mungkin.
Semoga para Pemimpin Kecil ini mempunyai satu kefahaman yang jitu dan keyakinan diri yang mantap untuk mengharungi cabaran sesi 2009. Jadikan ianya sebagai satu modul latihan untuk membentuk jatidiri dan menimba pengalaman untuk masa hadapan yang semakin mencabar.
Selamat Menjalankan Tugas.

PERHIMPUNAN AGUNG UNIT BERUNIFORM 2009
Sukacita dimaklumkan, Unit Ko-Kurikulum SK Batu Anam akan mengadakan Perhimpunan Agung Unit Beruniform buat julung kalinya bagi tahun 2009 pada 9 Januari 2009. Sehubungan itu, seluruh warga SKBA kecuali murid Tahap Satu diwajibkan hadir untuk menjayakan program tersebut.
Himpunan bermula pada jam 7.45 pagi dan akan berakhir pada jam 12 tengahari itu akan dihadiri oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor merangkap Guru Besar SK Batu Anam En Bardin Bin Uteh P.I.S.
Antara Unit Beruniform yang akan terlibat ialah Pasukan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS),Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Puteri Islam dan Tunas Puteri.

Subscribe to:
Posts (Atom)