Tuesday, February 21, 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2012/1433H








Majlis ini telah diadakan pada 24/2/2012 (Jumaat) mulai jam 8.00 pagi.Sumbangan daripada anda khususnya bekas-bekas pelajar jika sudi untuk beri sumbangan seikhlasnya amat dialu-alukan(utk majlis akan dtg).


Jika sudi hubungi 07-9497678 (Sekolah)

Bendahari PIBG SKBA.019-7427321

ADMIN:017-7530035
Moga sumbangan anda dapat memeriahkan lagi majlis.Allah jua berkati kehidupan anda...TQ

video Nostalgia "KENANGAN LALU" sekolah lama sudah ada di laman tepi.Mungkin ianya
mengembalikan kenangan anda yg pernah belajar di sini...

Thursday, November 24, 2011

RIMUP 2011










Tarikh : 10/11/2011

Tempat Lawatan : Zoo Melaka,Dataran Pahlawan,A Famosa,Bot Susuri Sg.Melaka.

Sekolah Terlibat : SK Batu Anam,SJK(C) Tah Kang & SJK(T)Batu Anam.

Tujuan : Integrasi Kaum 3 buah sekolah .

Jumlah Murid : 80 murid (Kaum Melayu,India & Cina)

Guru : 9 orang (3 orang dari setiap sekolah)

Foto2 sdg upload....very3 slow!

Monday, October 31, 2011

KEJOHANAN BALAPAN&PADANG KALI 52

















TARIKH : 13 OKT.2011

KHAMIS,3.00 PTG

TEMPAT :PADANG SM SERI KENANGAN
DIRASMIKAN : YB.DATUK HJ OTHMAN BIN JAIS

ADUN KAWASAN BULOH KASAP


(Foto2 kenangan sebelum,semasa kejohanan & selepas ada di sebelah)Menggambarkan suasana kejayaan dan keseronokan kepada semua yg terlibat.

Saturday, July 2, 2011

1 Murid 1 Sukan

Seramai 4.1 juta pelajar daripada 9,980 buah sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh negara menyertai larian serentak Satu Murid Satu Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan hari ini sekali gus mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian pelajar sekolah serentak terbesar.SK Batu Anam Segamat turut terlibat dalam menjayakan program ini.Namun apa yang ada kelainan ialah sekolah mengadakan Pertandingan Merentas Desa terlebih dahulu .Walau pun murid-murid nampak kepenatan kerana menyertai 2 acara dalam suatu hari tetapi semuanya berjalan lancar dengan kerjasama semua guru serta pihak PIBG.Gambar-gambar akan uploadkan apabila diterima.

Monday, June 27, 2011

Program Riang Ria Pemakanan


























Telah diadakan di Dataran Merah (Tapak Perhimpuanan),Dewan ,kelas dan di bawah khemah.

Dirasmikan oleh Datin Hjh.Khalizah Kahar,Pengerusi PUSPANITA Daerah segamat.

Diiringi oleh Dr.Hj.Mokhtar bin Hj.Ahmad ,Pengarah Kanan Pejabat Kesihatan Daerah Segamat.
Encik Jasmani b. Saimain (Penyelia HEM PPD) mewakili pihak Pejabat Pelajaran Daerah Segamat.

Juga turut disertai oleh Dr.Norhayati Hj.Musa,Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Segamat.

Tarikh : 18 JUN 2011


Masa : 7.30 - 1.00 th.


Setiausaha Pengelolaan : Cik Quek Sue Lyn (Pejabat Kesihatan Segamat)


Bermula dari acara saringan murid ,pra-penilaian,ketibaan dif-dif jemputan dan perasmian ,senaman aroebik,Lawatan ke Tapak permainan Interaktif dan pameran-pameran.Acara berakhir dgn.penyampaian Sijil dan hadiah kpd para pemenang.Sorakan "yep-yep hooray" sebanyak 3X dgn. perasaan puas dan gembira mengakhiri majlis.Terima kasih kpd semua yg terlibat & tidak disebutkan nama di sini.

Perlu dimaklumkan juga program ini digabungkan dgn.RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) bersama SRJK(C) Tah Kang dan SJK(T) Batu Anam,Segamat.

Tuesday, May 31, 2011

Lagi Festival Peringkat negeri di SKBA.





Program Festival Sains & Teknologi Negeri Johor 2011 telah diadakan di SKBA .

Tarikh : 25-26 MEI 2011

Hari : Khamis.


Foto-foto tunggu publish spt selalu...