Saturday, February 12, 2011

Larian MAHKOTA JOHOR



Larian yang dijalankan serentak di seluruh negeri Johor ini turut melibatkan warga SKBA, Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan Larian Mahkota Johor 2011.Tapi jangan lupa ulangkaji pelajaran murid semua sebab Isnin-Jumaat bermula PK 1 dr 14-18 Feb.

Saturday, January 15, 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) "PBS"


LINUS merupakan program yang diwajibkan kepada semua sk bagi memastikan murid-murid yang berada di peringkat awal sekolah rendah mampu untuk mencapai penguasaan dalam Bahasa Melayu dan Matematik.

Sehubungan itu, satu kursus berkaitan PBS telah diadakan bagi memberikan pendedahan dan pengukuhan kepada guru-guru SK Batu Anam . Pn. Rozana bt Juri telah dijemput bagi membentang kandungan kursus tersebut. Beliau merupakan JU PBS Negeri Johor yang kini mengajar di SK Parit Setongkat, Muar .

Saturday, January 8, 2011

Bermulanya Sesi Persekolahan 2011

















Pelbagai aturacara diatur bagi sesi persekolahan 2011.Antaranya

1. Mesyuarat Panita Setiap matapelajaran.

2. Mesyuarat Guru

3. Mesyuarat Kurikulum

4. Mesyuarat HEM / Ko-Kurikulum

5. Penjualan Buku Latihan / Pembayaran Yuran-yuran

6. Mesyuarat Guru2 Tahun 6 & Headcount UPSR 2011.

7. Taklimat LINUS,Pra-sekolah & Thn.1.

Di awal minggu pertama diadakan pula Kursus LDP (8/01/2011) mengenai Headcount bagi semua subjek.Pesertanya terdiri drp semua guru SKBA .Penceramah pula adalah guru SKBA sendiri iaitu En.Zurayushazman.

Kemudian pd 10/1/2011 GB mengadakan perjumpaan bersemuka dgn calon UPSR 2011 bg menyatakan "hasrat"Headcount SKBA.Foto2 akan dipaparkan kemudian.Hari Sabtu kedua (15/1/2011)juga diadakan Kursus "inhouse" tapi kali ini penceramahnya dari luar.Tahniah guru SKBA kerana komitmen anda semua...

Monday, November 15, 2010

Hari Anugerah & Kecemerlangan




Tarikh : 15 Nov 2010


Perasmi : wakil Tuan PPD Segamat.


Masa : 2.30 ptg


Walau dgn ketiadaan 12 org guru kr berkursus dsb ,majlis berjalan lancar dgn.komitmen tanpa berbelah oleh staf yg masih ada di sekolah!


Maaf...lama tak update blog sbb masa dihabiskan dgn asyik tugas2 "online" dr pihak atasan KPM,PPD dll.


Agak sukar sbb hanya guna b.band sendiri(slow sgt).Dengar kata sblum berakhir 2010 dpt semula sambung account "schoolnet" dulu.

Monday, September 6, 2010

Majlis Khatam Al-Quran,Perpisahan & Salam Raya





Nampaknya ada majlis 3 + 1 minggu akhir sebelum cuti sambut raya.Pertamanya pada malam jumaat diadakan Majlis Khatam Quran diikuti majlis berbuka dan seterusnya disambung dgn solat Tarawih diimamkan oleh Ustaz Tumiran.Keesokkannya pada hari jumaat yg lalu diadakan perhimpunan khas. meraikan pertukaran Cikgu Saidi ke SK Palong Timur 2.Ramai juga murid yg mengalirkan air mata kesedihan atas perpisahan beliau.Biasalah tu bila ada guru yg bertukar @ bersara.

Kemudian dilangsungkan sekali majlis "bersalaman" antara guru-murid serta diikuti guru-guru sempena akan menyambut raya puasa kira-kira seminggu lagi.Bertambah lagi gugurnya air mata kegembiraan /keinsafan di kalangan guru khususnya yg perempuan (jg marah)..foto2 lihat di bawah nanti.......

Sunday, August 15, 2010




رَمَضَان
KedatanganMu dinanti...

Penuh Fadhilat dan Janji Ilahi..
PadaMu Segala Rahmat
..
PadaMu Segala Maghfirah
..
PadaMu Kelepasan dari Api Neraka..
Amalan diangkat berlipat ganda..
Di Malam terbaik dari seribu bulan..

Hanya yang alpa akan kelalaian..
Membiarkan ni'mat disia-siakan..
Alangkah ruginya insan..
Yang hanya mendapat kelaparan dan kehausan..
Bila tegahan menjadi dampingan..
Bila suruhan dikesampingkan..
Marilah kita tingkatkan Keimanan dan Ketaqwaan..
Berusaha menjadi Insan yang mulia..
Meraih darjat yang tinggi di sisiNYA..
bergelar HAMBA

Saturday, July 17, 2010

Lawatan Nazir & Mesyuarat JK Induk Pra-Sekolah








Pada 13-14 Julai SKBA dikunjungi oleh seorang nazir sekolah iaitu Pn.Norlia Md.Amin.Dalam tinjauan beliau terhadap penyediaan fail-fail guru,Guru-guru Penolong Kanan dsbnya sempat dipantau khusus kepada kelas Pendidikan Khas dan juga Pra-Sekolah.Maklumat mengenai kunjungan & laporan dibentangkan oleh Tuan GB En.Zulkfelee kpd Ketua-Ketua Panitia dlm Mesyuarat JK Induk Pra-Sekolah ke 2 yg turut dihadiri oleh GPK 1,GPK KK dan GPK HEM pd 19 Julai 2010.