Saturday, May 15, 2010

HARI GURU 2010




Tema : " Guru Pembina Negara Bangsa"

Aktiviti : 1. Gotong- Royong bersama murid & PIBG (15/5/10)

2. Perhimpunan Khas (17/5/10)
- Ucapan Wakil YAB Menteri Pelajaran
- Ucapan Wakil Tuan Pengarah JPN
- Ucapan Tuan GB
- Ucapan Ketua Murid

3. Acara Sukaneka Guru & Kakitangan Sekolah

4. Persembahan Pentas -nyanyian Lagu-lagu Guru Malaysia dsb.

5. Acara bertukar-tukar hadiah antara guru-guru

6. Karoke Guru-guru.

Komen : Lihat foto-foto yg ada di ruangan tayangan sebelah
...

Tuesday, May 11, 2010

Perjumpaan GB Dengan tahun 5




Perjumpaan di atas diadakan pada 11/05/2010 di Dewan Serbaguna SKBA pukul 7.pagi.

Dalam ucapan pembukaan GB mengharapkan ini bukan perjumpaan yg pertama & terakhir malahan pembukaan kpd pertemuan2 seterusnya sama spt murid Tahun 6.Matlamat dibahagikan kpd j.pendek & j.panjang.Budaya mencatat nota diharap dapat diteruskan.Lain-lain harapan beliau murid berubah sikap kepada lebih bersedia terhadap UPSR,berani menyoal jika tak faham,menghargai masa,buat kerja sekolah jika ada masa terluang dan jangan tunggu masa lewat baru nak buat,jangan ponteng bimbang tertinggal fakta(sains)dan akhir sekali beri tumpuan terhadap pengajaran guru.Juga diselitkan pengalaman2 GB jika tidak menggunakan masa dgn baik serta contoh2 abang@kakak bekas murid yang telah berjaya dgn cemerlang di peringkat SPM.


Foto akan di upload ....sabar

Friday, April 23, 2010

Pengurusan Makmal Komputer









Pada 19-20 April diadakan Kursus Kepenggunaan Makmal Komputer anjuran Sykt "Naluri Pintar"dgn bimbingan tunjukajar mentor En.Izat & Azizi juga dr vendor mereka.Dirasmikan oeh En.Yunan b.Abdul Majid , Ketua Sektor kpd Penolong Pengarah Pengurusan ICT dari Jabatan Pelajaran Johor.Seramai 13 orang peserta yang mewakili daerah masing2 dr PPD Muar,PPD Segamat,PPD Kulai,Wakil Guru Penyelaras ICT SM Seri Bali,SM Pematang Jaya (termasuk Guru Media) serta wakil dari SKBA sendiri.Kesemua peserta ini umumnya adalah pemegang Ijazah ICT@ ada juga yg.memegang Sarjana ICT .Dapatlah digilap kembali ilmu ICT yg dipelajari di U dulu utk diturunkan kpd guru khususnya dan murid2 amnya. Yang menjadi halangan utama adalah "schoolnet"masih belum disambungkan & "in house training" turut tertanggguh lagi...

Saturday, April 10, 2010

Stesen Alam Sekitar


· Unsur Pendidikan Alam Sekitar boleh diserap dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui stesen-stesen pendidikan alam sekitar berikut yang boleh ditubuhkan di kawasan sekolah dan digunakan oleh pelbagai mata pelajaran:
Stesen mengkaji tanah termasuk mengkaji hakisan tanah
1. Stesen mengkaji pencemaran
2. Stesen mengkaji tumbuhan
3. Stesen mengkaji haiwan
4. Stesen mengkaji interaksi antara haiwan dan tumbuhan
5. Stesen mengkaji penggunaan tenaga elektrik
6. Stesen mengkaji penggunaan air
7. Stesen mengkaji penggunaan tenaga solar
8. Stesen mengkaji penggunaan tenaga angin
9. Stesen mengkaji penggunaan bahan api
10. Stesen mengkaji penggunaan bahan buangan
11. Stesen mengkaji tanam-tanam
12. Stesen mural(Hidupan Laut/Darat/Udara
13. Stesen mengkaji cuaca
14. Stesen permainan pendidikan alam sekitar
15. Stesen di tiang bendera
16. Stesen mengkaji bumi dan alam semesta
17. Stesen di tandas dan di bilik darjah.

Untuk makluman guru khususnya dan murid-murid amnya SKBA sudah ada 10 Stesen.Lihat persekitaran sekolah.Dikelolakan oleh C.Syed dan harap dapat dijalankan dengan kerjasama semua Ketua Panitia.

Monday, March 8, 2010

Kejohanan Balapan & Padang


Musim MSSD kembali lagi.Wp bukan kami sebagai tuan rumah @ tuan punya padang tp GB kami adalah mantan Penyelia Kanan Sukan PPD Segamat .MSSD pula masih memerlukan khidmat beliau agar bersedia menyambung tugas sehingga berakhirnya Kejohanan ini.Admin pula disarankan agar menyediakan sebuah banner tp jgn "print" dulu sbb nak tunjuk & taklimat dalam Mesyuarat Rabu ini.Itulah stail GB ini.Kata orang "Sekali air bah,sekali pantai berubah".Admin hanya menurut perintah...mana yang termampu.Itulah motto yang dipegang selama ini.(Anda nak tengok ...katanya sudah tergantung di pintu utama SM Seri Kenangan!)Kata orang mengancam & cantik juga..

Sunday, February 21, 2010

Selamat Bersara Cikgu Bardin







Pada 21/2/2010 MAKA GENAPLAH USIA KE 56 TAHUN Guru Besar kami Encik Bardin Uteh.Sehari sebelumnya(18/2/2010)Beliau sempat melaksanakan tugas akhir di mana Mesyuarat Agung PIBG diadakan dan memohon maaf minta dihalalkan makan minum selama berhubungan dgn para ibupapa/penjaga.

Titisan air mata staf Guru & bukan Guru mengiringi persaraan C.Bardin disusuli dgn doa,harapan agar beliau sihat seterusnya menjalani kehidupan selepas pencen.Selain acara bersama bersalaman murid-murid pada 19/2/2010 acara bersama hampir 150 orang para sahabat rapat turut diadakan pada sebelah siang di mana sesi Proses "Penyerahan Tugas"dilaksanakan bersama pihak Jabatan Pelajaran,PPD serta guru besar yang baru.

Pada sebelah malamnya pula acara bersama guru dan staf bukan guru diadakan dengan acara makan bersantai,bacaan sajak,tayangan video,memotong kek dan acara saling bertukar hadiah kenangan.Acara berakhir pada jam 12.30 t.mlm dgn acara menyalakan 56 pelita minyak dan diikuti dengan tembakan bunga api.Walaupun anak-anak ada yg mengantuk ttp mereka kelihatan seronok.Kemudian En.Bardin meninjau buat kali terakhir "bilik GB" dan terus menuju ke "STREAM"utk pulang sebagai seorang pejuang "Tokoh Pemimpin dan Pendidik "bagi penulis secara peribadi dan warga SKBA amnya.

Monday, February 15, 2010

Selamat Pengantin baru


Tanggal 14 Februari menjadi memori bagi salah seorang staf bukan guru apabila beliau menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hatinya.Kami seluruh warga SK Batu Anam mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada En.Mazli bin Bidin dan Isteri.Moga dikurniakan kehidupan yang tambah makmur dan juga zuriat secepat mungkin! "Welcome To Our Group"