Saturday, April 10, 2010

Stesen Alam Sekitar


· Unsur Pendidikan Alam Sekitar boleh diserap dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui stesen-stesen pendidikan alam sekitar berikut yang boleh ditubuhkan di kawasan sekolah dan digunakan oleh pelbagai mata pelajaran:
Stesen mengkaji tanah termasuk mengkaji hakisan tanah
1. Stesen mengkaji pencemaran
2. Stesen mengkaji tumbuhan
3. Stesen mengkaji haiwan
4. Stesen mengkaji interaksi antara haiwan dan tumbuhan
5. Stesen mengkaji penggunaan tenaga elektrik
6. Stesen mengkaji penggunaan air
7. Stesen mengkaji penggunaan tenaga solar
8. Stesen mengkaji penggunaan tenaga angin
9. Stesen mengkaji penggunaan bahan api
10. Stesen mengkaji penggunaan bahan buangan
11. Stesen mengkaji tanam-tanam
12. Stesen mural(Hidupan Laut/Darat/Udara
13. Stesen mengkaji cuaca
14. Stesen permainan pendidikan alam sekitar
15. Stesen di tiang bendera
16. Stesen mengkaji bumi dan alam semesta
17. Stesen di tandas dan di bilik darjah.

Untuk makluman guru khususnya dan murid-murid amnya SKBA sudah ada 10 Stesen.Lihat persekitaran sekolah.Dikelolakan oleh C.Syed dan harap dapat dijalankan dengan kerjasama semua Ketua Panitia.

Monday, March 8, 2010

Kejohanan Balapan & Padang


Musim MSSD kembali lagi.Wp bukan kami sebagai tuan rumah @ tuan punya padang tp GB kami adalah mantan Penyelia Kanan Sukan PPD Segamat .MSSD pula masih memerlukan khidmat beliau agar bersedia menyambung tugas sehingga berakhirnya Kejohanan ini.Admin pula disarankan agar menyediakan sebuah banner tp jgn "print" dulu sbb nak tunjuk & taklimat dalam Mesyuarat Rabu ini.Itulah stail GB ini.Kata orang "Sekali air bah,sekali pantai berubah".Admin hanya menurut perintah...mana yang termampu.Itulah motto yang dipegang selama ini.(Anda nak tengok ...katanya sudah tergantung di pintu utama SM Seri Kenangan!)Kata orang mengancam & cantik juga..

Sunday, February 21, 2010

Selamat Bersara Cikgu Bardin







Pada 21/2/2010 MAKA GENAPLAH USIA KE 56 TAHUN Guru Besar kami Encik Bardin Uteh.Sehari sebelumnya(18/2/2010)Beliau sempat melaksanakan tugas akhir di mana Mesyuarat Agung PIBG diadakan dan memohon maaf minta dihalalkan makan minum selama berhubungan dgn para ibupapa/penjaga.

Titisan air mata staf Guru & bukan Guru mengiringi persaraan C.Bardin disusuli dgn doa,harapan agar beliau sihat seterusnya menjalani kehidupan selepas pencen.Selain acara bersama bersalaman murid-murid pada 19/2/2010 acara bersama hampir 150 orang para sahabat rapat turut diadakan pada sebelah siang di mana sesi Proses "Penyerahan Tugas"dilaksanakan bersama pihak Jabatan Pelajaran,PPD serta guru besar yang baru.

Pada sebelah malamnya pula acara bersama guru dan staf bukan guru diadakan dengan acara makan bersantai,bacaan sajak,tayangan video,memotong kek dan acara saling bertukar hadiah kenangan.Acara berakhir pada jam 12.30 t.mlm dgn acara menyalakan 56 pelita minyak dan diikuti dengan tembakan bunga api.Walaupun anak-anak ada yg mengantuk ttp mereka kelihatan seronok.Kemudian En.Bardin meninjau buat kali terakhir "bilik GB" dan terus menuju ke "STREAM"utk pulang sebagai seorang pejuang "Tokoh Pemimpin dan Pendidik "bagi penulis secara peribadi dan warga SKBA amnya.

Monday, February 15, 2010

Selamat Pengantin baru


Tanggal 14 Februari menjadi memori bagi salah seorang staf bukan guru apabila beliau menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hatinya.Kami seluruh warga SK Batu Anam mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada En.Mazli bin Bidin dan Isteri.Moga dikurniakan kehidupan yang tambah makmur dan juga zuriat secepat mungkin! "Welcome To Our Group"

Friday, January 22, 2010

Merentas Desa

























Tarikh: 22/1/2010


Masa : 7:45 pagi
Peserta : 30 orang murid dari setiap rumah sukan

Jarak : 1.8 km(Dr.garis MULA ke arah ikut belakang pagar sekolah mengelilingi pinggir SMK Seri Kenangan& menuju ke pintu gerbang sek. terus ke garis TAMAT ).



Pelepas :En.Bardin b.Uteh (GB)

Keputusan : Rumah Merah peroleh mata tertinggi juga dgn JOHAN bagi kedua2 kategori L & P.




Sunday, January 17, 2010

LDP 1_2010



















Pengurusan Majlis.

Tarikh : 16/01/2010 Masa: 8.30 pagi (Sabtu)
Penyampai : Encik Bardin b. Uteh.
Peserta : Semua Guru dan Staf SKBA
Tempat : Bilik Tayangan
Tujuan :Untuk memudahkan pengurusan majlis dan protokol di mana-mana majlis khususnya di SK Batu Anam dan lain-lain majlis samada rasmi @ tidak amnya.

Tuesday, January 12, 2010

PROGRAM 1/2010


PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN DAN KESELAMATAN TERPIMPIN 1

Tarikh : 11 Januari Masa : 9.00-10.00 pagi.

Bermulalah satu agenda baru di sekolah baru.Program di atas diadakan di bawah kelolaan Cikgu Yusri Buang.Sedang update tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi panjang ....terpaksalah penulis turun tinggalkan blog ini.....

cuma sempat upload foto tempat murid-murid berkumpul apabila kejadian di atas tercetus....