Sunday, January 17, 2010

LDP 1_2010



















Pengurusan Majlis.

Tarikh : 16/01/2010 Masa: 8.30 pagi (Sabtu)
Penyampai : Encik Bardin b. Uteh.
Peserta : Semua Guru dan Staf SKBA
Tempat : Bilik Tayangan
Tujuan :Untuk memudahkan pengurusan majlis dan protokol di mana-mana majlis khususnya di SK Batu Anam dan lain-lain majlis samada rasmi @ tidak amnya.

Tuesday, January 12, 2010

PROGRAM 1/2010


PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN DAN KESELAMATAN TERPIMPIN 1

Tarikh : 11 Januari Masa : 9.00-10.00 pagi.

Bermulalah satu agenda baru di sekolah baru.Program di atas diadakan di bawah kelolaan Cikgu Yusri Buang.Sedang update tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi panjang ....terpaksalah penulis turun tinggalkan blog ini.....

cuma sempat upload foto tempat murid-murid berkumpul apabila kejadian di atas tercetus....

Saturday, December 26, 2009

Berakhir Sudah Penantian



Pada jam 3.30 ptg 23 Disember lalu Guru Besar bersama GPK1,GPK KK dan Guru Data telah ke SM Seri Bali kr menghadiri Majlis Penyerahan Kunci oleh pihak Kontraktor kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pejabat Pelajaran Daerah Segamat seterusnya kepada pihak sekolah.Keesokkannya sebelah pagi diadakan Mesyuarat Guru& Staf kali ke 6 dan di sebelah malamnya ada Majlis Solat Hajat,Bacaan Yaasin serta Tahlil.Kami menayangkan serba ringkas dokumentasi sejak di awal perpindahan sekolah baru ketika jamuan makan malam.Nanti kalau siap akan ditayangkan slidenya di sebelah..sabar.

Monday, November 23, 2009

UPSR09



Seramai 9 0rang murid dari 98 calon telah mendapat keputusan 5A.tahniah...foto ini menggambarkan kegembiraan & kepuasan mereka.Penat-lelah setelah berusaha tanpa jemu mereka selama ini berbaloi.Jangan kecewa bg yang murid kurang berjaya kr perjalanan masih jauh...(foto x publish?)SABAR...

Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform








Pada 20-22 Nov. SKBA telah mengadakan Program Perkhemahan Gabungan.130 para peserta terdiri daripada ahli2 unit KRS,Pengakap,Puteri Islam,PBSM dan mendapat kerjasama AJK yg dilantik termasuk semua guru ,bukan staf guru serta wakil PIBG.
Kem Komandan_ Cikgu Razib dalam ulasannya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung @ tidak .

Saturday, October 31, 2009

Jelajah Berbasikal III





Pada 24 Okt.09 AJK yg dilantik SKBA tlh mengadakan Jelajah Berbasikal kali III dari SKBA ke UITM Segamat sejauh 36km dgn disertai oleh seramai 46 orang murid.Acara ini mendapat k/sama dari pihak Polis Trafik ,Ketua Polis B.Anam,Ambulans B.Kasap,Ketua-Ketua Kampung terbabit,AJK PIBG ,ibubapa dan ramai lagi senarai yg tidak disebut di sini.Hampir semua guru telah sudi mengekori konvoi dgn 13 stesyen persinggahan.Alhamdulilah semuanya berjalan lancar tanpa insiden yg tidak diingini berlaku kecualilah peristiwa tayar pancit,rantai basikal putus dan keletihan kayuhan peserta!Cuaca pula amat sesuai tidak terlalu panas dan sedikit redup.Cuma di akhir jelajah sahaja waktu pulang ke penamat Batu Anam hujan renyai sedikit.En.Yusri selaku peneraju utama mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.Jumpa lagi di Perkhemahan Gabungan di padang SKBA pada 20,21,22 Nov. ini...

Sunday, October 4, 2009

Tinjauan Mengejut Menteri






Lawatan seramai 16 bakal guru dr IPGM KUITHO B.Pahat dua hari sebelumnya masih segar & belum diupdate ke blog.Tiba-tiba Pada 3 hb Okt.saya diberitahu agar bersedia dgn kamera kr kehadiran Ahli Dewan Parlimen Segamat Datuk Dr.S.Subramaniam yg juga merupakan Menteri Pembangunan Sumber Manusia.Sapaan tersebut pada mulanya dianggap gurauan rupanya benar-benar menjadi kenyataan.Di sini dipaparkan serba sikit beberapa keping foto sbg.bahan bukti...