Friday, July 3, 2009

Hari Keluarga 2009






Tarikh: 27 Jun 2009
Tempat : MERCU RESORTS,CHERATING KUANTAN PAHANG

Seramai 29 keluarga Guru/Kakitangan telah menyertai "Hari Keluarga".Kami bertolak dalam 3 kumpulan iaitu kumpulan 1 (8.30 pg) Kumpulan 2 (10.30 pg) & Kumpulan 3 (2 ptg).Jumlah mereka yang jika dicampurkan bersama ahli keluarga kira-kira 250 orang.

Antara aktiviti yg dijalankan ialah acara makan tengah hari (makanan& minuman disediakan oleh ahlkeluarga),sukaneka (anak-anak,kaum bapa dan kaum ibu) serta acara malam(ucapan & penyampaian cenderahati)Nyanyian Beramai).Acara bebas pula mcm biasalah (mandi laut,memancing & mandi di kolam renang).

Motto " Pergi Sendiri,Berbelanja Sendiri,Seronok Beramai-ramai"

Monday, May 18, 2009

Sambutan Hari Guru 2009



Sambutan telah diadakan pd 18 Mei jam 8.00 pagi.Acara Perasmian diadakan di Dataran Perhimpunan dgn disertai kehadiran Ajk PIBG.Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran dibacakan oleh GPK KK dan Perutusan Menteri Pelajaran dibacakan oleh GPK I.Berbagai acara diadakan dgn Ikrar Guru,nyanyian Lagu Hari Guru,ucapan dan diakhiri dgn majlis menandatangani watikah serta penerimaan cenderahati kepada semua guru.Kemudian diadakan telematch di padang dgn dianggotai oleh 4 kumpulan guru.Akhir sekali diadakan juga pertandingan nyanyian berkumpulan oleh kumpulan tadi di dlm dewan dengan diselang-selikan acara bertukar-tukar hadiah sesama guru & staf SKBA.Foto -foto & rakaman akan dipaparkan kemudian nanti."SELAMAT HARI GURU"

Friday, May 1, 2009

Menjelang Pembukaan Sekolah Baru













Pada penghujung bulan April yang lalu saya dipanggil ke sek baru bagi menyambut kedatangan para VIP dr PETRONAS..bukan apa...cuma untuk mengambil beberapa foto sbg sumber rujukan .Maklum katanya sekolah baru (SK Seri Kenangan) akan menjadi Projek Anak Angkat mereka sehingga ke satu waktu yg. akan diberitahu nanti.Di sini beberapa foto utk tatapan bersama.Sek.pun sdg sibuk dgn "Kursus Kepimpinan Murid-Murid","Ceramah Motivasi Thn 6","Ceramah Dr.Shahbuddin","Kusus Dlm Perkhid.Kajian Tindakan","Senaman robik Sempena Hari Polis","Latihan Perlawanan Bola & Hoki utk wakil MSSK","Pameran Buku di Jubli Intan", dan beberapa lagi termasuk persediaan sambutan Majlis Pelancaran PROGRAM BAKTI PEND.PETRONAS pd 16 Mei.Juga jgn lupa "sambutan Hari Guru"pd 18 Mei...

Thursday, April 30, 2009

Ma'zirah

Saya mewakili sahabat admin memohon jutaan kemaafan diatas kekurangan maklumat terkini aktiviti-aktiviti SKBA. Insyallah blog ini akan dikemaskini mengikut keperluan semasa. Terima kasih atas komen dan cadangan rakan-rakan dalam meningkatkan kualiti blog SKBA. Syukran wa jazakallahu khairan..

Sunday, March 8, 2009

Kejohanan Olahraga Jubli Emas




Tarikh: 26 Mac
Jam: 2.30 ptg

Sekolah kami mengadakan Kejohanan Olahraga kali ke 50(Jubli Emas). Bertepatan pula kali terakhir sebelum berpindah ke SK Seri Kenangan.Dijangka dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Johor tetapi wakilnya sahaja yang datang .Diadakan secara meriah sekali dgn.simbolik pelepasan baner & belon-belon kejohanan.Kemeriahan dirancakkan lagi dgn persembahan pasukan kompang,pancaragam dan dua jenis tarian zapin oleh murid-murid sekolah.Kehadiran ramai penonton terdiri drp ibubapa,para AJK PIBG juga penduduk sekitar sungguh memeriahkan lagi suasana .Guru Besar nampaknya berpuas-hati dgn segala kerjasama yg diberikan oleh semua yg terlibat samada guru-guru,kakitangan juga pihak PIBG.Sokongan & kerjasama mereka melancarkan lagi perjalanan Kejohanan Olahraga JUBLI EMAS! Terima kasih semua...

Wednesday, February 25, 2009

Majlis 2+1

Bertemu lagi.Pada 21hb.Feb.09 yg lalu SKBA mengadakan dua majlis iaitu Kursus Motivasi Ibubapa murid Th.6 & Majlis Penyampaian Sumbangan Murid Miskin SKBA.Kursus bermula dr jam 9.00 pg _ 11.00 pg di Dewan sementara acara kedua dr jam 11.30-1.00 th.diadakan di kelas 4A.Kedua-dua peristiwa di atas adalah anjuran pihak PIBG & Guru SKBA.(khasnya Guru Th.6)

Sunday, February 8, 2009

Kursus Kecemerlangan UPSR 09



Tarikh: 31 Jan.09
Hari :Sabtu
Masa:7.30pg - 6.00 ptg

Tempat : Dewan Masjid Jamek Syed Alwi B.Anam

Matlamat: Melahirkan murid-murid yg cemerlang,berkeyakinan tinggi dlm UPSR tahun ini.

Objektif:(Rujuk brochur)

Penceramah 1:En.Noranizam b. Jamian-"Pengurusan Diri"

Penceramah 2:Tn.Hj. Mohsin b. Kasanwidi- "Strategi & Teknik Pembelajaran Berkesan"

Penceramah 3:Prof.Dr.Muhd Kamil-"Peranan Ibu Bapa dlm Menghadapi UPSR 09"

Penceramah 4: En.Mazalan b. Ali-Ceramah Keibubapaan.

Majlis berakhir dgn "Aku Janji" murid & Penyampaian Sijil Penyertaan.

TQ kpd semua guru & AJK PIBG yg terlibat.