Sunday, February 21, 2010

Selamat Bersara Cikgu Bardin







Pada 21/2/2010 MAKA GENAPLAH USIA KE 56 TAHUN Guru Besar kami Encik Bardin Uteh.Sehari sebelumnya(18/2/2010)Beliau sempat melaksanakan tugas akhir di mana Mesyuarat Agung PIBG diadakan dan memohon maaf minta dihalalkan makan minum selama berhubungan dgn para ibupapa/penjaga.

Titisan air mata staf Guru & bukan Guru mengiringi persaraan C.Bardin disusuli dgn doa,harapan agar beliau sihat seterusnya menjalani kehidupan selepas pencen.Selain acara bersama bersalaman murid-murid pada 19/2/2010 acara bersama hampir 150 orang para sahabat rapat turut diadakan pada sebelah siang di mana sesi Proses "Penyerahan Tugas"dilaksanakan bersama pihak Jabatan Pelajaran,PPD serta guru besar yang baru.

Pada sebelah malamnya pula acara bersama guru dan staf bukan guru diadakan dengan acara makan bersantai,bacaan sajak,tayangan video,memotong kek dan acara saling bertukar hadiah kenangan.Acara berakhir pada jam 12.30 t.mlm dgn acara menyalakan 56 pelita minyak dan diikuti dengan tembakan bunga api.Walaupun anak-anak ada yg mengantuk ttp mereka kelihatan seronok.Kemudian En.Bardin meninjau buat kali terakhir "bilik GB" dan terus menuju ke "STREAM"utk pulang sebagai seorang pejuang "Tokoh Pemimpin dan Pendidik "bagi penulis secara peribadi dan warga SKBA amnya.

Monday, February 15, 2010

Selamat Pengantin baru


Tanggal 14 Februari menjadi memori bagi salah seorang staf bukan guru apabila beliau menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hatinya.Kami seluruh warga SK Batu Anam mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada En.Mazli bin Bidin dan Isteri.Moga dikurniakan kehidupan yang tambah makmur dan juga zuriat secepat mungkin! "Welcome To Our Group"