Monday, May 18, 2009

Sambutan Hari Guru 2009



Sambutan telah diadakan pd 18 Mei jam 8.00 pagi.Acara Perasmian diadakan di Dataran Perhimpunan dgn disertai kehadiran Ajk PIBG.Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran dibacakan oleh GPK KK dan Perutusan Menteri Pelajaran dibacakan oleh GPK I.Berbagai acara diadakan dgn Ikrar Guru,nyanyian Lagu Hari Guru,ucapan dan diakhiri dgn majlis menandatangani watikah serta penerimaan cenderahati kepada semua guru.Kemudian diadakan telematch di padang dgn dianggotai oleh 4 kumpulan guru.Akhir sekali diadakan juga pertandingan nyanyian berkumpulan oleh kumpulan tadi di dlm dewan dengan diselang-selikan acara bertukar-tukar hadiah sesama guru & staf SKBA.Foto -foto & rakaman akan dipaparkan kemudian nanti."SELAMAT HARI GURU"

Friday, May 1, 2009

Menjelang Pembukaan Sekolah Baru













Pada penghujung bulan April yang lalu saya dipanggil ke sek baru bagi menyambut kedatangan para VIP dr PETRONAS..bukan apa...cuma untuk mengambil beberapa foto sbg sumber rujukan .Maklum katanya sekolah baru (SK Seri Kenangan) akan menjadi Projek Anak Angkat mereka sehingga ke satu waktu yg. akan diberitahu nanti.Di sini beberapa foto utk tatapan bersama.Sek.pun sdg sibuk dgn "Kursus Kepimpinan Murid-Murid","Ceramah Motivasi Thn 6","Ceramah Dr.Shahbuddin","Kusus Dlm Perkhid.Kajian Tindakan","Senaman robik Sempena Hari Polis","Latihan Perlawanan Bola & Hoki utk wakil MSSK","Pameran Buku di Jubli Intan", dan beberapa lagi termasuk persediaan sambutan Majlis Pelancaran PROGRAM BAKTI PEND.PETRONAS pd 16 Mei.Juga jgn lupa "sambutan Hari Guru"pd 18 Mei...